|
|
| Monday, 6-Jul-2009 08:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HELWA'S STALL & BADMINTON
|
|
Secara tidak rasminya Helwa's Stall telah memulakan operasi di SKMM pada hari Sabtu yang lalu (4 Julai 2009). Alhamdulillah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung SKMM tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Insyaallah, aktiviti ini akan diteruskan untuk sesi persekolahan akan datang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan tidak lupa juga kepada mereka yang telah membeli.."Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi..."
Manakala pada petangnya pula aktiviti badminton tetap diteruskan walaupun ahli Helwa yang hadir adalah daripada kalangan AJK sendiri serta mantan AJK Helwa Namun begitu, semangat bersukan tetap tidak pudar. Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya Pengerusi Helwa yang memberi komitmen dan penglibatan yang tinggi terhadap aktiviti Helwa.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Jul-2009 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AHLI JAWATANKUASA HELWA 2009/2010
|
|
Salam semua....
Pada Sabtu yang lalu (27 Jun 2009), satu perjumpaan secara tidak formal telah diadakan diantara AJK Helwa 2008/09 dengan AJK Helwa 2009/2010 bertempat di Sekolah Malaysia. Objektif utama pertemuan tersebut adalah untuk penyerahan tugas serta pembahagian tugas dikalangan AJK baru disamping membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun ini dan tahun hadapan. Berikut merupakan barisan pimpinan Helwa untuk sesi baru:
Selain daripada itu, Helwa juga telah mengambil keputusan untuk membuka gerai di SKMM bertujuan menambah tabung kebajikan Helwa bagi memastikan kelancaran perjalanan aktiviti sepanjang tahun.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Apr-2009 16:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARI IBU HELWA MANCHESTER 2009
|
|
Objektif Program: Menghargai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu serta mengeratkan ukhuwah
sesama kita.
Tarikh: 16 April 2009 (Khamis)
Masa : 11 pagi – 3 petang
Tempat: Elizabeth Park
Konsep: Santai dan bebas
Aktiviti: Jamuan secara 'por luck - Permainan antara ibu dan anak dan juga Pertukaran Hadiah sesama peseta (Setiap peserta
dikehendaki menyediakan satu hadiah)
Penyertaan: Terbuka kepada semua warga HELWA dan anak-anak.
Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum ibu @ HELWA Manchester.Lebih kurang 26 orang ibu dan hampir 50 orang kanak-kanak yang hadir.Kebetulan hari yang diadakan adalah dalam minggu cuti sekolah, maka peluang kaum ibu untuk hadir pun adalah amat cerah,walaupun hari tersebut tidaklah cerah yang disangkakan.Antara permainan yang diatur termasuklah acara mengisi air dalam botol acara untuk ibu dan anak 3 hingga 5 thn.. kemudian mini treasure hunt untuk anak2 berusia 6 hingga 9 thn.. acara ibu dan anak untuk10 thn keatas, mengutip alat tulis sambil tutup mata. Makanan pun pelbagai...antaranya nasi goreng cina, ayam panggang, home made pizza, salad, pelbagai jenis kuih muih, serimuka, onde2 dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun syabas buat AJK HELWA yang komited dalam menjayakan program ini.
SYABAS AJK HELWA....K.Mastura, K.Adwa, K.Zurina,K. Siti Fatimah dan juga K.Rujiati...
maaf yer... pengemaskinian berita yang agak lambat memandangkan AJK yang dipertanggungjawabkan banyak kerja sekolah yang tak pernah habis..maklumlah dah nak 'exam'.....
kredit kepada Dr Nurul Aini untuk gambar dan blogs Nabilah .....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Mar-2009 20:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penglibatan HELWA dalam Women Zone di Abraham Moss High School
|
|
Pada minggu lepas juga,12hb Mac 2009, Pihak HELWA telah menghantar penyertaan untuk Women Zone program. Kita telah mempersembahkan tarian ulik mayang dan juga pertunjukan fesyen kemelayuan-baju kurung dan baju kebaya. Sekalung tahniah buat 'orang kuat' bagi program ini,Pn Zurina Khatab, Pn Rujiati,Pn Hajjah Mastura,Pn Nazean,Pn Siti Fatimah,Pn Ervina,Pn Adilah dan lain2 yang terlibat.
Selanjutnya klik di bawah...
http://www.womenzone.org.uk/news/news.htm
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Mar-2009 19:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sembang2 Akademik-topik khusus:Framework
|
|
|
Salam....minggu lepas, pada 8hb Mac..alhamdulillah idea asal Pn Nazean untuk aktiviti tidak formal bagi phd mummy dapat juga dilaksanakan di kediaman Pn Siti Fatimah..Alhamdulillah dgn jumlah yang datang tidaklah terlalu ramai tetapi cukup meriah dgn adanya 3 kumpulan kecil perbincangan; terhasil secara spontan yang pada mulanya dimulakan dgn Pn Siti Uzairiah berkaitan Framework-conceptual framework dan theorical framework- dibantu oleh Pn Siti Zaleha dan Pn Sabariah. Diselit juga apa itu yang dikatakan falsafah penyelidikan dan kaedah penyelidikan dlm Phd ini.Perjumpaan yang singkat sedikit sebanyak memberikan idea dan ilham kepada semua pihak terutamanya pada yang masih 'setahun jagung' di 'arena perjuangan sepi'(Phd) ....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Jan-2009 19:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom masak Lasagna dan Sup karot....
|
|
Salam semua...mohon jutaan kemaafan bagi pihak Biro IT Helwa Manchester di atas keterlewatan yang amat bagi melaporkan aktiviti2 Helwa Manchester...hampir 2 purnama lepas,24 Jan 2009..di kediaman Pn Norhafizah Hassan, berlangsungnya aktiviti masak-memasak dan juga santapan rohani oleh Pn Rabyah. Menu masak-memasak kali ini adalah Lasagna dan juga Sup karot oleh Pn Hajjah Mastura dan juga Pn Zurina Khatab.Cara2 memasak secara amnya boleh berpandukan gambar2 di atas......
Kredit kepada Pn Nazean atas sumbangan gambar daripada facebook beliau...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Sep-2008 20:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jualan Amal Ramadhan @Bazar Ramadhan Cheetham Hill kali kedua...
|
|
Alhamdulillah....Jualan Amal Ramadhan yang diadakan di Cheetham Hill Community School pada Sabtu minggu lepas, 20 September sekali lagi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat terutamanya dari pihak MCOT dan juga warga MCCH sendiri...
Semoga Bazar Ramadhan Cheetham Hill ini boleh diteruskan kesinambungan pada tahun2 akan mendatang...
Sekali lagi terima kasih kpd s/u mcch di atas kesudian berkongsi gambar2 di bwh......
Menu/Juadah Bazar Ramadan
· Nasi Hujan Panas,Pelbagai Biskut Raya,Kuih Lopes,Ayam Percik
· Nasi Kerabu, Solok Lada,Sambal Goreng,Agar-agar,Buah Melaka,Popiah Goreng,Almond London
· Kuih Keria, Kuih Cek Mek,Karipap
· Soto Johor
· Nasi Beriyani Gam
· Bubur Lambuq Special
· Nasi Pilau, Kek Pisang
· Laichi Kang, Ayaq Mata Kucing
· Sate, Ayaq Soya, Tempe Majapahit
· Laksa,Murtabak,Rojak Ayam
· Nasi Dagang,Kuih cara Berlauk, Nasi Bukhari,Kuih Raya,Kambing Kuzi,Lontong, Seri Muka,Kek Sarang Semut
· Sosej Roll
· Nasi Kerabu,Cendol,agar-agar Pandan,
· Nasi Goreng USA,Mee rebus,Chocolate Doughnut
· Laksa, Kuih Talam Keladi,
· Laksam,Roti John, Kuih muih
· Nasi Bukhari, Ayam Percik, Kuih Lopes
· Nasi Ayam, Roti Jala
· Karipap Pusing
· Apam Balik
· Bubur, Mee Kari
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Sep-2008 16:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akok
|
|
Resepi Akok
(sumber asal: Hajar (Bradford))...
Saya nak share satu resepi dari Kelantan...saya ambil daripada resepi kwn... Hajar di Bradford...
5 biji telur
200 ml pati santan(saya combine santan n fresh milk..)
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera(saya guna brown sugar)
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus (lupa pun tkper..sedap gak...)
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu(no acuan baulu-saya guna acuan kek) ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit(saya bakar for 20 minutes). Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Maaflah..rupanya agak 'huduh' tapi sedap dimakan...boleh jer untuk hidangan raya nanti...sebenarnya bulan puasa rajin jugak buat tapi tk snap gambar pun....gambar atas tu gambar lama....
Sesiapa yg nak berkongsi apa2 jua resepi bolehla email kepada saya(norintan79@yahoo.co.uk) atau Anis Sazira(anissazira@yahoo.com),Hazira(hayatunsamila@yahoo.com) mahupun Fahimah(nurfahimahjamli@yahoo.co.uk)....
yang suka makan AKOK...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 20:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iftar Ramadhan anjuran MCCH
|
|
Penglibatan HELWA dalam Majlis berbuka puasa yang telah diadakan pada 13 September lepas di Chetham Hill Community Primary School kali ini lebih kepada tugas menyiapkan dan mengagihkan juadah ketika berbuka puasa...manakala gotong royong memasak telah dilaksanakan oleh kaum adam MCCH di rumah saudara Awie/kak Shidah...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Sep-2008 06:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puding Karamel
|
|
Resepi Puding Karamel
(sumber asal: Fazillah (Azham))...*thanks Ila...mmg sedap
Bahan-bahan:
1 tin evaporated milk
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula utk puding
1 cawan gula (utk karamel) + 1/4 cawan air panas (boleh kurangkan gula kalau nk kurangkan manis)
Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam mangkuk, kacau gula + 5 biji telur sampai gula hancur. Then masukkan susu + esen vanila.
Ketepikan.
3. Sediakan karamel....hanguskan 1 cwn gula tadi dan bila warnanya dh jadi golden, masukkan air
panas, Kacau sampai rata..then tutup api.
4. Tuangkan karamel ke dalam bekas/mangkuk kukusan.
5. Tapiskan adunan puding ke dalam bekas yg ada karamel tadi.
6. Kukus selama 1/2 jam atau kurang.
7. Bila dh masak, sejukkan dulu puding tu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan utk dihidang.
Selamat Mencuba
Anis
(yg 1st time mencuba )
|
|
|
|